Friday, 12 June 2015

Kawan oh Kawan !!! %$$#@@!

Kita semua mesti ada kawan paling kurang pun satu,bagi yang takde kawan ni memang takde life la atau dia lebih suka macam tu,Ikut dia itu hak dia..

Tapi di sini ingin saya luahkan beberapa perkara yang seseorang 'kawan' itu perlu ada untuk tidak menyakiti kawan lain.Tak kisah la kawan sekolah ke,kawan BFF Forever after ke perkara ini penting supaya seseorang 'kawan' tersebut tidak menyakiti kawan dia yg lain.


Ni beberapa senarai yang kalau boleh seseorang 'kawan' itu faham (senarai ini berdasarkan pengalaman hidup saya setakat ini kepada beberapa kawan)


1.Menepati masa.

Baiklah,bukan semua 'kawan' aku tidak menepati masa cuma ada segelintir siput-siput,kura-kura yg suka sangat tidak menepati masa,Tidak ada masalah kalo ada perkara penting ke,malas datang ke apa,tapi kalo dah ajak lepak,main futsal (SELALU) dan aktiviti bersosial lain,kalau dah set time dan hari tapi last minute cancel memang sakit hati la.Disebabkan kau lah,masa telah membazir,harapan telah berkecai dan paling penting 'Janji tetap Janji'

Fuh,lega sikit.....

2.Meminjam Duit 
Ni takde hal kalo setakat belanje air ke,bayar saman ke ,belanje futsal ke ,tapi kalau out of the blue
nak pinjam beratus tanpa sebab memang ada problem la bro.Melainkan aku betul betul kenal kau (kawan baik) atau kau jenis ingat bayar hutang tu takde masalah...Duit takde masalah sebenarnya cuma beringat la sikit,nanti aku catat dalam buku 555 baru tahu HAR HAR HAR

3.Privacy
Ni aku khas untuk sorang kawan aku tu je (harap dia tak baca blog,kalau dia TER baca...sorry la bro hahahah) ye aku no hal lepak dengan ko,cuma takkan HARI-HARI nak jumpa,terasa macam ko pasangan aku pulak,lepas tu benda sama je buat masa lepak,tak rasa bosan ke bro??

......

Yeah aku rasa itu sahaja luahan aku untuk hari ini,.Harap takde terasa dan maaf jika BM aku berterabur.

Sesungguhnya Kawan tetap kawan,Kita kena terima mereka dengan seadanya kerana jika mereka pilih kita sebagai rakan mereka kita patut bersyukur kerana dia menerima perangai kita juga...

Saya tak perfect saya awesome hahahahah

Sekian.

No comments:

Post a Comment