Saturday, 27 June 2015

Puasa yang telah tiba.....Part 1


Yeeee,blogger,pembaca,follower(belum ada lagi) sekalian,It's that time of the year again di mana semua umat islam seluruh dunia menyambut bulan Ramadhan.......

Blog hari ini mengisahkan al-kisah berpuasa aku setakat ini di mana tak lah teruk sangat rasanya macam tahun-tahun lepas.Tak tahu adakah disebabkan aku sudah meningkat dewasa ataupun member aku tak tunjuk gambar makanan sedap-sedap...adakah mereka dah berubah ataupun belum tiba masanya lagi??? Apa pun aku nak mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada pembaca muslim,marilah tidak post gambar gambar makanan lucah (Food porn) di laman sosial atau dimana mana kamu berada.

Kepada bukan umat islam pula teruskanlah kehidupan kamu dan cubalah bersabar dengan traffic jam di bazaar-bazaar terkemuka (tapi aku tahu kamu suka ke bazaar sbb makanan sedap dan murah!!)

dah lebih 10 hari kot berpuasa dan saf-saf solat terawih pun semakin berkurangan (solat masjid lain kot,bersangka baik) dan tahun ini juga banyak mengatakan and i quote  'sembahyang solat terawih pergi tetapi solat 5 waktu tak buat,apa gunanya??'......biasalah orang melayu bab-bab benda ni cepat je mengomen macam makcik-makcik kat kampung,tak habis-habis!!!....bagi aku itu antara mereka dengan tuhan,walaupun solat terawih sunat tetapi atleast mereka solat,daripada merempit tiap malam di highway melakukan aksi ganas SUPERMANNNNNNNN.

                             Selain itu, (teringat karangan BM, 350 patah perkataan) bazaar yang aku pergi setakat ini tiadalah gadis-gadis berbaju ketat yg boleh menyebabkan batalnya puasa...kenapa gurls-gurls sekalian?? adakah sudah insaf? atau takde 10-70 % sales baju ber branded ketat ?? setakat ini aku nampak buah apple jer (beli jus apple)...apa pun syabas...kipidap

Banyak lagi sebenarnya aku nak masukkan tapi setakat ini sahaja pada hari ini,mungkin aku sambung malam ini,esok atau 3 months from now.....See you again in part 2

No comments:

Post a Comment